Sekolah


 




**VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

**MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

**SLOGAN

Selangkah Di Hadapan
(One Step Ahead)
  
**MATLAMAT

Melahirkan para pelajar yang berketerampilan, berilmu dan berakhlak mulia agar dapat berbakti kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara

**MOTO

Johor top 5


  • Kronologi Sejarah SMK (P) Sultan Abu Bakar Kronologi Sejarah SMK (P) Sultan Abu Bakar
Nama sekolah diambil sempena nama Bapa Permodenan Negeri Johor iaitu Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim . Bangunan sekolah siap dibina pada Jun 1939 dan telah dirasmikan oleh Tuan F. I . Shaw Superitenden Pelajaran. Kini ia merupakan blok warisan sekolah iaitu Blok A. Pada tahun 1939, asalnya mempunyai 6 bilik darjah (Special Malay 1A dan 1B, Darjah III, IV dan V. Pengetua perintis ialah Pn C. Milne. Mempunyai 8 staf perintis iaitu 7 guru dan seorang kerani. Pakaian sekolah ialah gaun, tali leher, tali pinggang dan kasut coklat. Semasa perang kedunia-2 sesi persekolahan terhenti seketika . Pada tahun 1947, sekolah dibuka semula dan Pn N Woods merupakan Pengetua ke-2 . Pada pertengahan 1948, Pn E. Allan menjadi guru besar ke-3 . Pada tahun 1949, Salmi Hj Hassan dilantik sebagai ketua murid yang pertama. Pada tahun 1950, Pakaian seragam berwarna hijau dan putih, lencana pengawas dan cogan kata sekolah 'age quad agis' (apa yang anda lakukan, buatlah sebaik-baiknya) dan Temasya Sukan kali pertama diadakan . Pada tahun 1955,  Sekolah sudah mempunyai kelas dari Darjah 1 hingga darjah 5. Pada tahun 1956, Sekolah mencapai 100% dalam peperiksaan Sijil Persekolahan dan Pn Wong Foong Lan menjadi guru besar ke-4 . Pada tahun 1958, Jemaah pengelola sekolah pertama ditubuhkan pada 15 September 1958. Pada tahun 1959, Cik Kamaladevi Pillai menjadi Guru Besar ke-5. Pada tahun 1961, Pn J. Gaudart menjadi Guru Besar ke-6 . Pada tahun 1962, Empat Bangunan baru (Makmal Sains, Blok D, Blok Bangunan Sains Rumahtangga dan Kantin dibina . Pada tahun 1963, Bangunan baru dirasmikan oleh YB tan Sri Hamid Khan, Menteri Pelajaran ketika itu dan Rumah Pasukan Sekolah ditukar dari Nightangle, Joan of Arc, Caveli dan Victoria kepada Rumah Merah, Coklat, Biru, Hijau dan Putih.  Pada tahun 1964, kelas Melayu Khas telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Dato' Sri Amar Diraja . Pada tahun 1968, Cik Monica Leong Wei Lin dilantik sebagai Guru Besar ke-7 dan Persatuan akademik dan bukan akademik ditubuhkan . Pada tahun 1969, Pn y. E. Parry menjadi Guru Besar ke-8 . Kelas Sains Tulen dimulakan dan Cogankata sekolah ditukarkan kepada 'Tekun Usaha Jaya' . Pada tahun 1970, Pn Zawiyah Dato' Ahmad dilantik sebagai Pemangku Pengetua. Pada tahun 1976, Pasukan Pancaragam (Brass Band) ditubuhkan dengan keahlian 46 orang. Perbelanjaan telah disumbangkan oleh pihak sekolah sebanyak RM36,000 dan PIBG menyumbang RM6000. Pada tahun 1978 hingga 1979 Pn Hjh Khalidah bt Hamzah telah dilantik sebagai Pemangku Pengetua. Pada Disember 1979, Pn Hjh Zakiah bt Hj Shuib telah dilantik sebagai Pengetua ke-9 . Pada tahun 1995, Sekolah berubah menjadi sekolah satu sesi . Pada tahun 1998, Sekolah menerima anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri . Pada ogos 1999, Pn Hjh Waginah Abd Majid menjadi Pengetua ke-10 . Pada mei 2004, Sekolah dinobatkan sebagai Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan . Pada mei 2005, Sekolah muncul Naib Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan . Pada 1 November 2005, Pn Hjh Latifah Hamdan dilantik sebagai Pengetua ke-11 . Pada Oktober 2008, Pn Hjh Suhana Sulaiman dilantik sebagai Pengetua ke-12 .




  • LOKASI SMK(P) SULTAN ABU BAKAR , MUAR