Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya

Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu "bantu diri untuk membantu rakan lain". Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri . Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan , perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.

Prinsip PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal

Peranan sebagai PRS

-Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling
-sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di   sekolah .
-sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan
-sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain

Etika PRS

-amanah dan menyimpan rahsia
-menerima dan menghormati rakan dan orang lain
-memahami batasan dan keupayaan diri
-sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
-melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain
-merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling
-mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama