Friday, November 4, 2011

TIPS PEPERIKSAAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN.

Duglup duglup duglup. Macam itulah bunyi debaran jantung setiap kali aku berada dalam dewan peperiksaan. Tengok jam lambat lagi nak start menjawap ini. Hati tak tenang selagi kertas soalan tak boleh dibuka. Tapi aku cuba cool. Tengok keluar tingkap, tengok pokok bergoyang-goyang mungkin dapat rileks kan kepala aku. hehe. Tapi yang pasti , aku tak akan usha calon @ budak kiri, kanan, depan dan belakang sebab diorang akan bikin lagi nervous sebab mulut mereka terkumat kamit baca doa dan mengingat semula formula. Aku bermonolog, "Apesal dorang ni gelabah? Rileks je sudey."

Bila pengawas kata," Ok, u all can start now!". Lepas berdoa:

Benda PERTAMA aku akan buat:
Kalau soalan bab mengira macam chemistry or physics ke, cepat-cepat formula yang dekat appendixes yang ada paling belakang kertas soalan, aku akan asingkan. Means koyak kan ajelah. Kan senang sikit nanti kita nak rujuk.

KEDUA.
Aku akan usha keseluruhan soalan dari depan sampai belakang. Just sekali imbas,secara tak  langsung dapatlah meng refresh dan mencari idea nak jawap kan. Point @ keyword jawapan aku akan selitkan sekali. Nanti masa nak isi dekat kertas jawapan baru kembangkan point tadi sehabis baik.

KETIGA.
Soalan yang agak susah yang memerlukan otak yang cerdas biasanya aku akan tinggalkan. Soalan yang senang siapakan dahulu. Orang kata bila otak kita sudah panas, barulah ready untuk jawap soalan yang susah . Iyo tak? Hehe. Aku cuba habiskan semua soalan dalam  8/10 dari masa yang diberikan.

KEEMPAT.
Bila kesemua soalan sudah dijawap (termasuklah soalan susah yang dihentam dengan jayanya) , aku akan gunakan baki masa 2/10 untuk cek jawapan. Time ini paling genting...Sekali lagi aku akan cool dan elakkan sindrom menggelabah.Sebabnya? Otak akan mula celaru. "Eh! ni macam aku baca semalam, ni pun sama". Sambil check, cuba refresh apa yang pernah dibaca dan pastikan buat pilihan yang tepat.

KELIMA.
Bila masa sudah time,haha. Bila masa dah habis, berserah jelah. Doa tawakal semoga dapat result yang ok.

Tips ini cikgu aku time sekolah rendah yang ajar. Memang berguna even macam simple. Senang kata ia lebih kepada teknik pengurusan waktu supaya waktu menjawap tak dibazirkan macam itu je.

*Kekadang aku ikut kata hati kalau dah tak dapat jawap sesuatu soalan yang susah. Probability betul itu pun besar, hehe. Berkat doa ibu bapa. 


Read more: http://www.namemy.name.my/2011/03/tips-peperiksaan-dan-cara-menjawab.html#ixzz1ckPiaNqF

No comments:

Post a Comment